Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Pengasih.
Bersempena Dengan 1 Syawal 1432H dan
Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2011 Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari
Raya Adilfitri dan Salam Hari Merdeka kepada semua warga KUIS yang
kasihi.
Bersama kita memanjatkan setinggi
–setinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah mengurniakan segala
nikmat semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur di atas nikmat
yang diterima sepertimana Firman Allah dalam surah Luqman ayat 12:
“Dan sesungguhnya telah Kami berikan
hikmat kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah. Dan barangsiapa yang
bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri,
dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi
Maha Terpuji.”
Aidilfitri adalah hari kita
menyambut kemenangan kerana kembali kepada fitrah. Ganjaran daripada
Allah kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di
Madrasah Ramadan.
Kemenangan ini amat bermakna bila kita berjaya melaksanakan tranformasi diri ke arah menjadi insan ta’dibi yang sentiasa berakhlak kepada Allah dan manusia di mana sahaja kita berada.
Life is Islam. Sambutlah Aidilfitri dalam lingkungan Syariat.
Eratkan dan perkasakan persaudaraan dengan program ziarah sambil
menyimpul sekalung kemaafan di antara kita.
Pada tahun ini sambutan Aidilfitri
dirayakan dalam suasana Sambutan Hari Kemedekaan ke 54. Merayakan Aidilfitri
dengan penuh kegembiraan dalam suasana yang aman dan damai yang sudah pasti
datangnya dari sebuah Negara yang merdeka.
Berhati-hati di jalanraya khususnya
yang pulang ke kampung halaman pastikan Aidilfitri dapat disambut dengan penuh
kegembiraan dan kesyukuran bersama keluarga tercinta.
Akhir kata saya mewakili Pengurusan
KUIS ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DAN
SALAM KEMERDEKAAN buat semua warga KUIS yang dikasihi. Semoga Allah
merahmati kita. Amin.
Profesor Dato' Dr Aziuddin Ahmad
Rektor
Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor