Monday, March 19, 2012

perjuangan diteruskan

assalamualaikum w.b.t kpd semua mahasiswa jururawat Ta'dib KUIs.
apa khabar anda semua.. sy selaku presiden PJMK yg baru utk sesi II 2011/2012 ingin memohon maaf ast kelewatan utk update bl0g ini.. saya tidak berapa arif berkaitan hal-hal bl0g. Jd sy mEngambil masa utk mempelajari ilmu it selain ilmu kejururawatan..
disini saya ingin memperkenalkan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi & ahli-ahli exc0 PJMK yg baru utk sesi kali ini..


MAJLIS TERTINGGI :-
PRESIDEN - MUHAMMAD SHARKAWI BIN MOHD HAMZAH
TIMB. PRESIDEN 1 - AMINAH BINTI RAGLAN
TIMB. PRESIDEN 2 - AZMAN BIN ANUAR
SETIAUSAHA AGONG - SUHAILA BINTI AWANG
TIMB. SETIAUSAHA AGONG - AHMAD SALEHUDDIN BIN AHMAD SUHAIMI
BENDAHARI KEHORMAT - NOREL IQMA BINTI MAHMOD
TIMB. BENDAHARI KEHORMAT - NUR AMIRAH BINTI TUNGGAL
KOORDINATOR 1 - MUHMMMAD SAIFUDDIN BIN HUSIN
KOORDINATOR 2 - MUHAMMAD SHUKRI BIN HAZILAH


EXC0-EXC0
KETUA BIRO AKADEMIK - ZURIZA BINTI ZOLKAPLI
TIMB. BIRO AKADEMIK - AFIRATUL ABIDAH BINTI ZAIDI


KETUA BIRO DISIPLIN - MOHD RAHDI AMIN BIN MD LAZIM
TIMB. BIRO DISIPLIN - NUR ATIQAH BINTI MUSA


KETUA BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL - ASRUL AIMAN BIN BAHAROM
TIMB. BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL - SITI MADIHAH BINTI MAJID


KETUA BIRO PEMBANGGUNAN INSAN - MASRAHI BINTI SHAFIE
TIMB BIRO PEMBANGGUNAN INSAN - MOHD FADLI BIN MAT JANI


KETUA BIRO FIZIKAL - NORAFIZA BINTI RAFAIE
TIMB BIRO FIZIZKAL - SYAZWAN BIN AHMAD ZUBIR


KETUA BIRO DOKUMENTASI & SAINTIFIK - MOHD NAZREEN BIN ABD SUKOR
TIMB BIRO DOKUMENTASI & SAINTIFIK - DAYANG SUHAILA BINTI IBRAHIM


* Inilah barisan kepimpinan yang meneruskan perjuangan....


sebaarang aduan bolehlah diajukan kepada barisan kepimpinan ini.. 
Jika kami melakukan kesilapan yg kami semua lakukan sila-silalah menegur kami..


kami semua mendokong hasrat KUIS bagi melahirkan mahasiswa Ta'dib.. 


sekian wassalam...... =)

Friday, December 2, 2011

TERUSKAN PERJUANGAN

  بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali saya Shamsul Amri, Mantan YDP PJMK dan barisan perwakilan sesi10/11 merakamkan setinggi tahniah kepada perwakilan untuk sesi 2011/2012 yang baru kerana dipilih daripada seluruh mahasiswa/i dip. kejururawatan melalui sistem pencalonan dan pegundian yang telah dilakukan pada minggu lalu. Jadikan jawatan yang telah diberi itu sebagai amanah dan laksanakanlah ia supaya ia tidak dipersoalkan di akhirat kelak.

AMBIL 6 PRINSIP INI SEMOGA BOLEH MEMBANTU ANDA

1 . Be strong: you must have a strong belief that you can do it, belief may a trigger your success.


2.  Be perfect: measure your work every moment. , do the right thing for the first time, and then practice it, do not practice the wrong even though it is commonly practiced. In everything u do, do it impessible perfect, more than 100%, do not think failure or uncertisfied. You are THE ONE! not others.


3.  Be good to all :Communication plays 84% of the people success. You can not do alone, Assign yr work to surbodinate.


4.  Try hard:  try..try..try..may be hundred time, because practice makes perfect. Thomas Elva Edition had tried 6001 time to light the world until now. How beautiful if he was a MUSLIM!


5.  Hurry up, if you wanted to start with something new, means you have it!, please do it immedietly, imflamboyantly, do it soon, do it rigt, never think backward.Becuase you arethe one that Allah has assigned the responsibility.


6.   Do not forget to pray. Because this the way you submit your daily final to HIM, make HIM your FRIEND in every moment!.


Perbetulkan niat kita kerana DIA,  yang maha mencipta, mencipta kita dari tanah dan kepadanya jua kita akan dikembalikan.  Mulakan setiap langkah anda dengan bacaan al Fatihah dan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW, Saya doakan, agar pimpinan terbaru ini membawa PJMK ke arah yang lebih pembaharuan yang kratif.wallahualam. 

P/S: kami dari perwakilan sesi 10/11 memohon maaf jika ada salah dan silap disepanjang sesi kami yg lalu..dan doakan kami (yg nak LJM) pada 14 DIS ini supaya dipermudahkan segala urusan untuk lulus..amin..maceh^^


Sunday, October 16, 2011

Membaca YASSIN untuk peperiksaan



  بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


1.  Al fatihah untuk Rasulullah S.A.W.
2.  Al fatihah untuk muslimin, muslimat dan semua ahli kubur.
3. Al fatihah untuk niat atau hajat(sebut hajat dahulu kemudian baca al fatihah).
4. Selawat keatas nabi sebanyak  11x
5. Ayat al kursi  1x
6. Bersama membaca yassin- berhenti pada tiap-tiap مبين dan mendoakan untuk diri atau untuk anak yang akan menduduki peperiksaan supaya boleh menjawap dengan lapang dada dan mudah. (doa didalam hati)
7. Selesai membaca yassin,  bacalah 3X  ayat35 surah annur:- 

اللَّهُ نورُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ مَثَلُ نورِهِ كَمِشكوٰةٍ فيها مِصباحٌ ۖ المِصباحُ فى زُجاجَةٍ ۖ الزُّجاجَةُ كَأَنَّها كَوكَبٌ دُرِّىٌّ يوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُبٰرَكَةٍ زَيتونَةٍ لا شَرقِيَّةٍ وَلا غَربِيَّةٍ يَكادُ زَيتُها يُضيءُ وَلَو لَم تَمسَسهُ نارٌ ۚ نورٌ عَلىٰ نورٍ ۗ يَهدِى اللَّهُ لِنورِهِ مَن يَشاءُ ۚ وَيَضرِبُ اللَّهُ الأَمثٰلَ لِلنّاسِ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ ﴿٣٥﴾
(35) Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

8. Baca doa ini: 
يا قا ضى الحاجات    11x
Surah AL Ikhlas  3x
Surah An Nas  3x
Al Fatihah   1x

9. Doa Yassin dan tambah dengan doa ini: 

“ Ya Allah, kami dengan rendah diri memohon dengan limpah kurniamu, terimalah peperiksaan kami ya Allah, anak-anak kami, akan menghadapi peperiksaan, lapangkanlah dada mereka untuk menjawapnya, samoga dengan izin mu Ya Allah, mereka mendapat kejayaan yang cemerlang dan berkatilah mereka Ya Allah..

(doa selepas yassin ini khas untuk ibubapa membacanya, jika untuk diri sendiri tukarkan sedikit..)
Sebarkan untuk amalan sesama  muslim..insyaAllah... usaha, doa dan tawakkal..^^

Tuesday, October 4, 2011

there is strength in numbers.

Assalamualaikum wrt. wbt.  kepada semua pembaca.

terima kasih kerana sudi singgah .

rasa macam hendak berbicara dalam bahasa arab.Tetapi , sayangnya, tidak berapa nak tahu lh.

 hehe =p

tajuk kita pada hari ini  
there is strength in numbers   
yg membawa erti kepada

A D A  K E K U A T A N  D A L A M  B I L A N G A N . 

kenapa saya ketengah kan topik ini. sbb kita perlu sedar hidup di dunia ni bukan untuk diri sendiri je.
mak ayah kita, adik beradik kita, cikgu kita , kawan kawan kita , semua kita kita lah .


jadi, kita kena ada kerjasama, 
sama lah mcm erti kata 

united we stand,divided we fall .

kekuatan sebenar yg tiada tandingan apabila kita bersatu.

tau x.kalau kita sombong , siapa yang nak kawan dgn kita? bila kita tiada kawan..mmg boleh hidup tapi, boleh ke kita dpt kerjasama yang diharap kan?


pelik kan.cakap pasal kerjasama tapi masuk bahagian kawan pula.


a g a k   a g a k   k e n a p a ?  

dari mana dtg nya kekuatan kalau tiada kerjasama?

dari mana dtg nya kerjasama tu kalau tiada persahabatan? 

dari mana dtg nya persahabatan kalau tiada persefahaman?

dari mana dtg nya persefahaman kalau tiada tolak ansur?

dari mana dtg nya tolak ansur kalau tiada hati

dari mana dtg nya hati yg suci kalau tidak dari diri sendiri.




SEKIAN ~

Sunday, September 4, 2011

Perutusan Rektor KUIS Sempena Hari Raya Aidilfitri 1432H

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Bersempena Dengan 1 Syawal 1432H dan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2011 Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Adilfitri dan Salam Hari Merdeka kepada semua warga KUIS yang  kasihi.

Bersama kita memanjatkan setinggi –setinggi kesyukuran kepada Allah SWT  yang telah mengurniakan segala nikmat  semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diterima sepertimana Firman Allah dalam surah Luqman ayat 12:

“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”

Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan kerana kembali kepada fitrah. Ganjaran daripada Allah  kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di Madrasah Ramadan.

Kemenangan ini amat bermakna bila kita berjaya melaksanakan tranformasi diri ke arah menjadi insan ta’dibi yang sentiasa berakhlak kepada Allah dan manusia di mana sahaja kita berada. 
Life is Islam. Sambutlah Aidilfitri  dalam lingkungan Syariat. Eratkan dan perkasakan persaudaraan  dengan program ziarah sambil  menyimpul sekalung kemaafan di antara kita.

Pada tahun ini sambutan Aidilfitri dirayakan dalam suasana Sambutan Hari Kemedekaan ke 54. Merayakan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dalam suasana yang aman dan damai yang sudah pasti datangnya dari sebuah Negara yang merdeka.

Berhati-hati di jalanraya khususnya yang pulang ke kampung halaman pastikan Aidilfitri dapat disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran bersama keluarga tercinta.

Akhir kata saya mewakili Pengurusan KUIS ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR  BATIN  DAN SALAM KEMERDEKAAN buat semua warga KUIS yang dikasihi. Semoga Allah merahmati kita. Amin.

Profesor Dato' Dr Aziuddin Ahmad
Rektor
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...