Tuesday, May 3, 2011

KUIS Jalin Kerjasama Dengan Hospital Pakar An-Nur

Bandar Seri Putra, Bangi, 11 Mac – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Hospital Pakar An-Nur dalam usaha menjalin kerjasama dalam bidang kejururawatan.

Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan dalam satu majlis ringkas yang turut dihadiri Rektor KUIS, Professor Dato’ Dr Aziuddin Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Pakar An-Nur, Tuan Hj Shaharom Md Shariff.

Dalam ucapannya, Rektor KUIS Profesor Dato’ Dr Aziuddin Ahmad berkata menerusi kerjasama dua hala ini telah memberi peluang kepada pelatih-pelatih kejururawatan KUIS untuk menjalani latihan klinikal di hospital pakar An-Nur.
 
 
“KUIS juga berharap apabila Hospital Pakar An-Nur siap sepenuhnya nanti akan dapat menambah bilangan pelatih KUIS menjalani latihan klinikal seterusnya berkhidmat di sana,” katanya ketika berucap di majlis menandatangani MoU tersebut.

Hadir sama menyempurnakan MoU ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar An-Nur, Tuan Hj Shaharom Md Shariff, Ketua Pegawai Operasi, Che Mahmud Mohd Nordin, Pengurus Sumber Manusia, Pn Radziah Mahmud Muhaidin, Ketua Jururawat, Puan Siti Azifah Mohamad, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pn. Normazita Neimad dan Dekan FSKKS, Puan Dayang Annie Abang Narudin.

sumber maklumat dari: http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=263&Itemid=323

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...