Sunday, June 26, 2011

10 jun dan 17 jun (jumaat) Pertandingan Bola Jaring dan Futsal.

ini banner yg di persetujui ramai =)
terima kasih .







TEMA :
 badan cergas otak cerdas

OBJEKTIF : 
untuk badan yang sihat ,
memupuk semangat kerjasama, 
mengeratkan silaturrahim antara semua pihak(pengajar,senior, junior, ahli fskks, ahli fakulti lain)

ANJURAN :
PJMK 

DENGAN KERJASAMA :
FSKKS



LAMPIRAN :
..



walaupun hujan, semangat sukan tetap membara
di setiap sudut penjuru pemain.
USAHA!


setiap saat itu berharga..
percayalah kata kami,
secara tak langsung kita semua bertegur sapa.
dan
beramah mesra.
menyokong antara satu sama lain.walaupun tak kenal rapat,
tetapi..
sokongan tetap wujud.




baiklah..
utk pertandingan bola jaring dan futsal, tahniah kepada semua yang terlibat.
terima kasih juga pada pemain dan penyokong yang setia dan sanggup redah hujan menyokong aktiviti tersebut.
terima kasih kerana kerjasama yang diberikan amat lah baik dan menggalakkan.
maaf bagi pihak kami bagi yang tidak berpeluang untuk turut serta .
semoga tidak serik dan semoga ini bukan yang terakhir untuk anda semua mengikuti aktiviti yang dianjurkan pihak nursing sekeluarga.
TERIMA KASIH      dan    SEMOGA BERJUMPA LAGI.

p/s :
maaf kepada pemain futsal, tak sempat nk upload gmbar gambar sekalian.
tetapi akan kami cuba untuk upload kn.
sihat sihat sihat! 
yea,..!

Tuesday, June 21, 2011

3 jun 2011 (mentoring perdana)

assalamualaikum pembuka bicara.
semoga pembaca dalam keadaan yang sihat sejahtera.
sebelum saya teruskan menaip mengenai mentoring perdana,
ingin saya selitkan:

kerjasama adalah tunggak kejayaan.
tanpa kerjasama, sekuat mana insan itu, belum tentu dia berjaya mengharungi segalanya bersendirian.
walaupun dia mampu, dia tidak mungkin merasa keseronokan dan kesenangan hidup bekerjasama.
dengan kerjasamalah kita dapat memupuk dan membantu insan yang lemah
bahkan menaikkan prestasi kehidupan kita sendiri.

 pada 3 jun 2011, mentoring perdana telah diadakan di audi admin.

baiklah disini ingin saya maklum kn terlebih dahulu, gmbr tidak dapat dipaparkan diatas msalh yang tak habis habis iaitu line internet yang sngt problem.

al maklum lah skrg ramai yg dah ada DSLR.
so nk dwld mmg kena tunggu lama dan akhirnya corrupted.
so no point tunggu kalau akhirnya tetap tak dapat.
tetapi akan sy usahakan juga.

ok, skrg saya beritahu beberapa soalan yang telah dikemuka kan semasa mentoring .
antaranya : 

1) kenapa bayar librabry rm50?
= sbb yuran 50 itu adalah untuk membeli buku buku rujukan nursing yang ada di librabry.

2) aktiviti lebih banyak ke arah fizikal dan sukan. bagaimana pula dgn akademik?
= utk akademik, fakulti dan pjmk sdg dlm proses membuat perbahasan antara kolej kolej . proposal telah siap. yang lain semua masoh dalam progress.

3) kenapa kena bayar yuran CC rm 100 sedangkan printing tetap kena bayar dan masih perlu berdaftar untuk menggunakan komputer di CC.
= untuk pertanyaan soalan ini, timbalan dekan akan cuba utk berurusan dengan pihak bendahari kuis.

4) dan lain -lain.

Sunday, June 12, 2011

Salam Imtihan dari PJMK

Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) adalah satu peperiksaan yang penting dan juga penentu seseorang mahasiswa/i  diploma kejururawatan untuk memperolehi lesen begelar seorang Jururawat yang berdaftar (Jururawat U29).
Oleh itu, kami dari perwakilan PJMK melalui blog ini, mengucapkan selamat berjuang kepada mahasiswa/i semester 7 yang akan menduduki ujian ini. Kami selalu mendoakan kejayaan kakak-kakak dan abang-abang senior yang kami sayangi supaya berjaya dan menjadi jururawat muslim yang berkualiti dan diredhoi oleh Allah s.w.t. amin..


  • Sebelum Peperiksaan 
  •  Mempunyai jadual belajar.
  • Memupuk keyakinan dan sikap membuat persediaan awal supaya dapat mengelakkan rasa panik atau bimbang ketika menjelang peperiksaan.
  • Mengulang kaji semua mata pelajaran.
  • Mencari maklumat tambahan dan mengumpulkan soalan-soalan peperiksaan tahun lepas.
  • Membuat nota
  • Menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan juga beriadah.

  • Semasa Peperiksaan
    Bawa alat tulis yang lengkap
    Bawa dokumen seperti kad pengenalan dan slip peperiksaan
    Datang awal
    Tenangkan perasaan dengan beristigfar dan berdoa kepada Allah
    Baca dan dengar arahan dengan teliti
    Baca semua soalan
    Fahamkan soalan
    Jawab soalan yang mudah dahulu untuk menjimatkan masa
    Imbangi masa menjawab soalan
    Semak semua jawapan
  • Selepas Peperiksaan
    Tawakal dan berdoa kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh
    Jangan menyemak jawapan
    Bersedia untuk kertas peperiksaan yang seterusnya.

Wednesday, June 8, 2011

Sambutan Hari Jururawat Peringkat KUIS, 20 mei 2011


maaf  ya semua, kami lambat untuk update yang baharu.
al maklumlah. pelajar. tak lari daripada aktiviti aktiviti sendiri.
baik lah. untuk post kali ini adalah mengenai :




 1) Sambutan Hari Jururuwat :
                                                 
                                           

ucapan daripada Pn.Dayang Anne Abang Narudin
selaku Dekan Fakulti Sains Kejururawatan dan  Kesihatan Sekutu.

diteruskan lagi dengan acara bacaan ikrar diketuai 
Pn. Zehan Ahmad 

pelajar yang hadir terdiri daripada semester 1,2,3,5,dan 7



kek yang cantik + sedap. kn3?
                                            
  


acara memotong kes bagi merasmikan hari jururawat.


tidak lupa juga kepada pengarah program : Pn Khadijah Mohd Zain dan Siti Atiqah Suboh (tiada dlm gmbar)
dan MC majlis Pn.Noraini Abu Samah 

Seterusnya :

2)Ceramah motivasi 


Dr.Muhd Nawar Ariffin
ingat lagi tak ?
Nak berjaya kenalah macam nak buat layang layang terbang tinggi.
makin kuat angin, makin tinggi lah layang layang itu..
angin itu ibarat cabaran.
kita ibarat layang layang.
kita perlu tempuh cabaran untuk berjaya.
salah satu cabaran yg paling ketara ialah : perasaan malas belajar.
semua mahu berjaya. semua org ada sikap malas. 
tapi, kalau kita berjaya harungi perasaan malas tu.
berjaya kah kita?

renung renungkan dan selamat beramal~


Saturday, June 4, 2011

LAPORAN BIRO AKADEMIK: KELAS ANATOMY AND PHYSIOLOGI.

Pada 21 Mei 2011, biro akademik PJMK telah megadakan kelas tambahan anatomy and physiologi bagi meningkatkan lagi ilmu pengatahuan para mahasiwa/i dalam subjek ini.kelas bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di kelas anatomy,tingkat bawah bangunan FSKKS KUIS. Selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan, mahasiswa/i berkongsi ilmu dan tips-tips yang berharga daripada perwakilan PJMK yang terpilih justeru dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara senior dan junior. Kami harap, kelas tambahan seperti ini mendapat lagi sambutan daripada semua mahasiswa yang terlibat.

kelas ini comel comel aje..=)
tak besar tak kecil tapi muat untuk pelajar duduk belajar.
memang selesa.kan? =)

cikgu nya :
Jpk Nurul Najihah Yusoff. Perwakilan PJMK dari semester 5


kehadiran pelajar :

terdiri daripada semester 5 dan semester 3
semangat itu perlu! =)


topik :

lymphatic system.


INFO: 

Apa itu sistem lympatik??
Sistem limfatik merupakan satu sistem
pengangkutan yang membantu
peredaran darah, ia membawa cecair yang
keluar dari salur darah kembali semula ke
dalam salur darah.
 


Sistem limfatik mempunyai 3 komponen iaitu :

    1) lymph (iaitu sejenis cecair)
    2) lymph organ
  •              (lymph node): mempunyai afferent ,sinus, efferent,nodule yang mempunyai lymphocyte dan makrofaj yang membunuh bakteria semasa darah ditapis

  •                 (tonsil)       : melawan bakteria yang melalui mulut dan hidung. mempunyai 3 jenis:      pharyngeal (hidung  dan tekak), palatine (tekak) dan lingual ( bawah lidah)

  •                  ( spleen)    : mempunyai 2 pulp (lubang ): white pulp (Ada lymphocte disekeliling arteri) dan red pulp(yang mempunyai lymphocyte dan makrofaj dalam vein). flow: arteri dalam spleenà sinus(mengandungi white and red pulp) à filter (dalam sinus) à veinàjantung ke seluruh badan.

  •                  (thymus)   : bukan untuk menapis tetapi tempat dimana T-lymphocyte dihasilkan. sangat penting untuk kanak kanak baru lahir kerana ketiadaan antibody.  flow : thymus hasilkan T-cell(dimatangkan oleh hormon thymosine)à salur darahà   lymph organ à lawan bakteria.
 
3) lymph vessel :
  •  Merupakan salur limfatik yang lebih besar dan terletak
    di bahagian dalam badan.
  •  Kapilari limfatik bersambung dengan salur limfatik.
  • Ia juga mempunyai injap
  •  Terdapat bintilan pelbagai saiz berbentuk biji kacang
    yang di panggil nodus limfa.

**sila rujuk buku Anatomy and Physiologi learning system,3rd edition, page 266. untuk rujukan sepenuhnya.
                                        


11 mei 2011

pada tarikh ini, pelajar baharu diberi sedikit taklimat mengenai fakulti dan apa yang dimaksudkan dengan jurusan nursing .
seramai 10 orang pelajar telah terpilih pada tarikh ini. 2 lelaki dan 8 perempuan.
antara aktiviti yang berlangsung pada hari tersebut ialah :-

nyanyian lagu NEGARAKU , NEGERI SELANGOR dan ASMAUL HUSNA.

pengenalan diri 



pengenalan fakulti 

pengenalan diri pengajar


pelajar baharu yang tepilih. TAHNIAH semua =)


TURUT SERTA:


wakil PJMK 




PESANAN RINGKAS :
Kepada semua pelajar baharu semester 1 tahun 2011/2012,
selamat maju jaya
jangan mudah give up dan sering seringlah rajin berjumpa dengan tenaga pengajar
bagi tunjuk ajar yang lebih sempurna
semoga berjaya ke puncak yang tak siapa pernah capai
kerana apa?
kerana kita adalah special 
sbb apa?
sbb kitalah yang mencorakkan diri kita.
jika cantik corak itu maka cantik lah hasilnya.
seandainya anda telah terconteng dengan corak yang buruk,
jgn risau.
sbb apa?
sbb kesan corak takkan hilang
kerana itulah yang akan kekal jadi pengajaran buat kita untuk tidak ulangi corak itu.
dan MENJADI YANG LEBIH BAIK, CANTIK dan BERKUALITI.
sekian~
=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...