Sunday, June 12, 2011

Salam Imtihan dari PJMK

Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) adalah satu peperiksaan yang penting dan juga penentu seseorang mahasiswa/i  diploma kejururawatan untuk memperolehi lesen begelar seorang Jururawat yang berdaftar (Jururawat U29).
Oleh itu, kami dari perwakilan PJMK melalui blog ini, mengucapkan selamat berjuang kepada mahasiswa/i semester 7 yang akan menduduki ujian ini. Kami selalu mendoakan kejayaan kakak-kakak dan abang-abang senior yang kami sayangi supaya berjaya dan menjadi jururawat muslim yang berkualiti dan diredhoi oleh Allah s.w.t. amin..


  • Sebelum Peperiksaan 
  •  Mempunyai jadual belajar.
  • Memupuk keyakinan dan sikap membuat persediaan awal supaya dapat mengelakkan rasa panik atau bimbang ketika menjelang peperiksaan.
  • Mengulang kaji semua mata pelajaran.
  • Mencari maklumat tambahan dan mengumpulkan soalan-soalan peperiksaan tahun lepas.
  • Membuat nota
  • Menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan juga beriadah.

  • Semasa Peperiksaan
    Bawa alat tulis yang lengkap
    Bawa dokumen seperti kad pengenalan dan slip peperiksaan
    Datang awal
    Tenangkan perasaan dengan beristigfar dan berdoa kepada Allah
    Baca dan dengar arahan dengan teliti
    Baca semua soalan
    Fahamkan soalan
    Jawab soalan yang mudah dahulu untuk menjimatkan masa
    Imbangi masa menjawab soalan
    Semak semua jawapan
  • Selepas Peperiksaan
    Tawakal dan berdoa kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh
    Jangan menyemak jawapan
    Bersedia untuk kertas peperiksaan yang seterusnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...