Sunday, August 28, 2011

Salam Lebaran Dari PJMK

 
 االله اكبر, الله اكبر , الله اكبر
Assalamualaikum,

Bagi pihak Persatuan Jururawat Mahasiswa Kuis (PJMK), saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam terutamanya semua mahasiswa diploma kejururawatan,para pensyarah, para pengajar klinikal, kakitangan FSKKS, dan rakan- rakan di Kolej  Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS), dengan harapan kita telah menyempurnakan ibadah puasa dibulan ramadhan yang menjadi medah tarbiah untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Bukan sekadar kita dapat menunaikan kewajipan berpuasa dan mengisi ibadah lain di bulan ramadhan, tetapi dapat membentuk jati diri kita bagi melaksanakan taggungjawab sebagai manusia di muka bumi ini.

 
Mudah-mudahan kita dapat menyambut hari raya sebagaimana yang dikurniakan kepada kita dengan membesarkan Allah, bukan berhibur dengan leka dan melupakan kehidupan akhirat. Sekiranya kita dapat melaksanakan hal tersebut dalam kehidupan kita khususnya hari raya ini, kita akan bertemu dengan Allah dalam penuh bahagia, InsyaAllah.

Semoga perayaan tahun ini disambut dengan penuh meriah di sisi keluarga tersayang.Kepada rakan – rakan seperjuangan yang pulang ke kampung, saya doakan semoga semuanya selamat dan dijauhi daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Jadikan suasana Hari Raya ini penuh meriah dengan diharmonikan dengan semangat bermaaf- maafan, ziarah menziarahi antara satu sama lain.


Akhir kata dari saya dan seluruh perwakilan PJMK sesi10/11 ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ada tersalah kata, dan kelakuan yang menyinggungkan disepanjang sesi kami ini.Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin,dan Selamat Hari Merdeka!!

ikhlas dari Seluruh Perwakilan PJMK sesi10/11..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...