Friday, December 2, 2011

TERUSKAN PERJUANGAN

  بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali saya Shamsul Amri, Mantan YDP PJMK dan barisan perwakilan sesi10/11 merakamkan setinggi tahniah kepada perwakilan untuk sesi 2011/2012 yang baru kerana dipilih daripada seluruh mahasiswa/i dip. kejururawatan melalui sistem pencalonan dan pegundian yang telah dilakukan pada minggu lalu. Jadikan jawatan yang telah diberi itu sebagai amanah dan laksanakanlah ia supaya ia tidak dipersoalkan di akhirat kelak.

AMBIL 6 PRINSIP INI SEMOGA BOLEH MEMBANTU ANDA

1 . Be strong: you must have a strong belief that you can do it, belief may a trigger your success.


2.  Be perfect: measure your work every moment. , do the right thing for the first time, and then practice it, do not practice the wrong even though it is commonly practiced. In everything u do, do it impessible perfect, more than 100%, do not think failure or uncertisfied. You are THE ONE! not others.


3.  Be good to all :Communication plays 84% of the people success. You can not do alone, Assign yr work to surbodinate.


4.  Try hard:  try..try..try..may be hundred time, because practice makes perfect. Thomas Elva Edition had tried 6001 time to light the world until now. How beautiful if he was a MUSLIM!


5.  Hurry up, if you wanted to start with something new, means you have it!, please do it immedietly, imflamboyantly, do it soon, do it rigt, never think backward.Becuase you arethe one that Allah has assigned the responsibility.


6.   Do not forget to pray. Because this the way you submit your daily final to HIM, make HIM your FRIEND in every moment!.


Perbetulkan niat kita kerana DIA,  yang maha mencipta, mencipta kita dari tanah dan kepadanya jua kita akan dikembalikan.  Mulakan setiap langkah anda dengan bacaan al Fatihah dan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW, Saya doakan, agar pimpinan terbaru ini membawa PJMK ke arah yang lebih pembaharuan yang kratif.wallahualam. 

P/S: kami dari perwakilan sesi 10/11 memohon maaf jika ada salah dan silap disepanjang sesi kami yg lalu..dan doakan kami (yg nak LJM) pada 14 DIS ini supaya dipermudahkan segala urusan untuk lulus..amin..maceh^^


Sunday, October 16, 2011

Membaca YASSIN untuk peperiksaan



  بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


1.  Al fatihah untuk Rasulullah S.A.W.
2.  Al fatihah untuk muslimin, muslimat dan semua ahli kubur.
3. Al fatihah untuk niat atau hajat(sebut hajat dahulu kemudian baca al fatihah).
4. Selawat keatas nabi sebanyak  11x
5. Ayat al kursi  1x
6. Bersama membaca yassin- berhenti pada tiap-tiap مبين dan mendoakan untuk diri atau untuk anak yang akan menduduki peperiksaan supaya boleh menjawap dengan lapang dada dan mudah. (doa didalam hati)
7. Selesai membaca yassin,  bacalah 3X  ayat35 surah annur:- 

اللَّهُ نورُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ مَثَلُ نورِهِ كَمِشكوٰةٍ فيها مِصباحٌ ۖ المِصباحُ فى زُجاجَةٍ ۖ الزُّجاجَةُ كَأَنَّها كَوكَبٌ دُرِّىٌّ يوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُبٰرَكَةٍ زَيتونَةٍ لا شَرقِيَّةٍ وَلا غَربِيَّةٍ يَكادُ زَيتُها يُضيءُ وَلَو لَم تَمسَسهُ نارٌ ۚ نورٌ عَلىٰ نورٍ ۗ يَهدِى اللَّهُ لِنورِهِ مَن يَشاءُ ۚ وَيَضرِبُ اللَّهُ الأَمثٰلَ لِلنّاسِ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ ﴿٣٥﴾
(35) Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

8. Baca doa ini: 
يا قا ضى الحاجات    11x
Surah AL Ikhlas  3x
Surah An Nas  3x
Al Fatihah   1x

9. Doa Yassin dan tambah dengan doa ini: 

“ Ya Allah, kami dengan rendah diri memohon dengan limpah kurniamu, terimalah peperiksaan kami ya Allah, anak-anak kami, akan menghadapi peperiksaan, lapangkanlah dada mereka untuk menjawapnya, samoga dengan izin mu Ya Allah, mereka mendapat kejayaan yang cemerlang dan berkatilah mereka Ya Allah..

(doa selepas yassin ini khas untuk ibubapa membacanya, jika untuk diri sendiri tukarkan sedikit..)
Sebarkan untuk amalan sesama  muslim..insyaAllah... usaha, doa dan tawakkal..^^

Tuesday, October 4, 2011

there is strength in numbers.

Assalamualaikum wrt. wbt.  kepada semua pembaca.

terima kasih kerana sudi singgah .

rasa macam hendak berbicara dalam bahasa arab.Tetapi , sayangnya, tidak berapa nak tahu lh.

 hehe =p

tajuk kita pada hari ini  
there is strength in numbers   
yg membawa erti kepada

A D A  K E K U A T A N  D A L A M  B I L A N G A N . 

kenapa saya ketengah kan topik ini. sbb kita perlu sedar hidup di dunia ni bukan untuk diri sendiri je.
mak ayah kita, adik beradik kita, cikgu kita , kawan kawan kita , semua kita kita lah .


jadi, kita kena ada kerjasama, 
sama lah mcm erti kata 

united we stand,divided we fall .

kekuatan sebenar yg tiada tandingan apabila kita bersatu.

tau x.kalau kita sombong , siapa yang nak kawan dgn kita? bila kita tiada kawan..mmg boleh hidup tapi, boleh ke kita dpt kerjasama yang diharap kan?


pelik kan.cakap pasal kerjasama tapi masuk bahagian kawan pula.


a g a k   a g a k   k e n a p a ?  

dari mana dtg nya kekuatan kalau tiada kerjasama?

dari mana dtg nya kerjasama tu kalau tiada persahabatan? 

dari mana dtg nya persahabatan kalau tiada persefahaman?

dari mana dtg nya persefahaman kalau tiada tolak ansur?

dari mana dtg nya tolak ansur kalau tiada hati

dari mana dtg nya hati yg suci kalau tidak dari diri sendiri.




SEKIAN ~

Sunday, September 4, 2011

Perutusan Rektor KUIS Sempena Hari Raya Aidilfitri 1432H

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Bersempena Dengan 1 Syawal 1432H dan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2011 Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Adilfitri dan Salam Hari Merdeka kepada semua warga KUIS yang  kasihi.

Bersama kita memanjatkan setinggi –setinggi kesyukuran kepada Allah SWT  yang telah mengurniakan segala nikmat  semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diterima sepertimana Firman Allah dalam surah Luqman ayat 12:

“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”

Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan kerana kembali kepada fitrah. Ganjaran daripada Allah  kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di Madrasah Ramadan.

Kemenangan ini amat bermakna bila kita berjaya melaksanakan tranformasi diri ke arah menjadi insan ta’dibi yang sentiasa berakhlak kepada Allah dan manusia di mana sahaja kita berada. 
Life is Islam. Sambutlah Aidilfitri  dalam lingkungan Syariat. Eratkan dan perkasakan persaudaraan  dengan program ziarah sambil  menyimpul sekalung kemaafan di antara kita.

Pada tahun ini sambutan Aidilfitri dirayakan dalam suasana Sambutan Hari Kemedekaan ke 54. Merayakan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dalam suasana yang aman dan damai yang sudah pasti datangnya dari sebuah Negara yang merdeka.

Berhati-hati di jalanraya khususnya yang pulang ke kampung halaman pastikan Aidilfitri dapat disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran bersama keluarga tercinta.

Akhir kata saya mewakili Pengurusan KUIS ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR  BATIN  DAN SALAM KEMERDEKAAN buat semua warga KUIS yang dikasihi. Semoga Allah merahmati kita. Amin.

Profesor Dato' Dr Aziuddin Ahmad
Rektor
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 

Sunday, August 28, 2011

Salam Lebaran Dari PJMK

 
 االله اكبر, الله اكبر , الله اكبر
Assalamualaikum,

Bagi pihak Persatuan Jururawat Mahasiswa Kuis (PJMK), saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam terutamanya semua mahasiswa diploma kejururawatan,para pensyarah, para pengajar klinikal, kakitangan FSKKS, dan rakan- rakan di Kolej  Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS), dengan harapan kita telah menyempurnakan ibadah puasa dibulan ramadhan yang menjadi medah tarbiah untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Bukan sekadar kita dapat menunaikan kewajipan berpuasa dan mengisi ibadah lain di bulan ramadhan, tetapi dapat membentuk jati diri kita bagi melaksanakan taggungjawab sebagai manusia di muka bumi ini.

 
Mudah-mudahan kita dapat menyambut hari raya sebagaimana yang dikurniakan kepada kita dengan membesarkan Allah, bukan berhibur dengan leka dan melupakan kehidupan akhirat. Sekiranya kita dapat melaksanakan hal tersebut dalam kehidupan kita khususnya hari raya ini, kita akan bertemu dengan Allah dalam penuh bahagia, InsyaAllah.

Semoga perayaan tahun ini disambut dengan penuh meriah di sisi keluarga tersayang.Kepada rakan – rakan seperjuangan yang pulang ke kampung, saya doakan semoga semuanya selamat dan dijauhi daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Jadikan suasana Hari Raya ini penuh meriah dengan diharmonikan dengan semangat bermaaf- maafan, ziarah menziarahi antara satu sama lain.


Akhir kata dari saya dan seluruh perwakilan PJMK sesi10/11 ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ada tersalah kata, dan kelakuan yang menyinggungkan disepanjang sesi kami ini.Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin,dan Selamat Hari Merdeka!!

ikhlas dari Seluruh Perwakilan PJMK sesi10/11..

Friday, July 29, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيمAssalamualaikum wbt,

Apa khabar kepada jururawat pelatih yang dikasihi sekalian. Diharap sihat sentiasa hendaknya. InsyaAllah, dalam beberapa hari lagi kita bakal menyambut Ramadhan Al-Mubarak, suatu bulan yang dianggap BONUS terbesar daripada Allah S.W.T. kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Ini Kerana ganjaran yang disediakan oleh Allah S.W.T. dalam bulan Ramadhan adalah sangat hebat dan amat berbalo-baloi. Bertepatan dengan riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud:- Allah S.W.T. berfirman,
“Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT: Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim). Subahanallah, begitu besar ganjaran yang Allah S.W.T berikan kepada kita sepanjang bulan yang barokah ini. Lebih-lebih lagi, kita yang disiang harinya membantu merawat pesakit dengan penuh keikhlasan semata-mata untuk mencari ilmu dan untuk mendapat keredhoaanNya. 



Demi untuk memastikan kita mampu memaksimumkan ibadah dalam bulan Ramadhan ini,ada baiknya disenaraikan beberapa panduan yang boleh diamalkan sepanjang Ramadhan kita pada kali ini:

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda: “Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya” 
(Al-Bukhari dan Muslim).

3) Mendirikan solat sunat tahajjud, witir dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah.

4) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

5) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa. Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi S.A.W: “Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang” (Riwayat Al-Bazaar).

6) Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka. Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak (Riwayat Ibn Majah: Sohih)

7) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.”Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang kamu menyegerakan berbuka” (Riwayat Al-Bukhari).

9) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian.

Ini adalah di antara beberapa perkara yang dapat disenaraikan yang perlu diutamakan dalam mencari Rahmat dan ganjaran daripada Allah S.W.T. yang berlipat ganda. Selain daripada itu, dalam masa yang sama, kita juga perlu mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh menjejaskan pahala puasa kita. Hal ini kerana terdapat pandangan daripada sesetengah para Ulama berkenaan dengan balasan bagi yang mengerjakan maksiat di dalam bulan Ramadhan juga akan digandakan dosa dan azab oleh Allah S.W.T. Oleh itu, sama-samalah kita berhati-hati didalam bulan Ramadhan ini supaya tidak berlaku perkara-perkara maksiat dan keji terutama yang melibatkan lidah seperti bercakap buruk seumpama maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota kerana ianya akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya:
Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya” (Riwayat Imam Al-Bukhari)

Akhirnya, marilah sama-sama kita merebut ganjaran yang telah disediakan oleh Allah S.W.T. sepanjang Ramadhan yang bakal kita temui nanti. Mudah-mudahan dengan kesedaran dan kesediaan yang ada kepada kita dalam berdepan dengan Ramadhan bakal membuahkan hasil untuk kita bertemu dengan Lailatul Qadr dan meraih ganjaran berlipat ganda pada malam tersebut. Nabi S.A.W. Bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dan keredhaan daripada Allah S.W.T, Nescaya Allah S.W.T. akan mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”. (riwayat Bukhari)..


Oleh itu, selamat berpuasa dan selamat beramal semua..^^
ikhlas dari PJMK sesi10/11

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...