Thursday, April 28, 2011

Kenangan: Program Lawatan Kebajikan PJMK sesi 09/10 ke Kelantan.


Laporan Biro Kebajikan sesi09/10: Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan dan Sosial PJMK dengan kerjasama Fakulti Sains Kejururawatan Dan Kesihatan Sekutu(FSKKS). Dalam usaha mengeratkan ikatan silaturrahim dalam kalangan warga FSKKS, pihak persatuan turut berusaha menjalinkan hubungan baik dengan keluarga mahasiswa kejururawatan. Pihak Biro Kebajikan dan Sosial bertanggungjawab dalam usaha memelihara kebajika mahasiswa kejururawatan dan warga FSKKS dari segi emosi dan fizikal.

            Dalam program Lawatan Kebajikan kali ini,PJMK dengan kerjasama FSKKS, telah menziarahi keluarga arwah jpk Rozaidah binti Razali, mahasiswa semester 2 (ketika itu) yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Gua Musang pada 19 September 2009. Kunjungan pihak kami adalah untuk memberi sokongan emosi dan sumbangan ikhlas kepada keluarga arwah, selain mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim antara warga fakulti dan keluarga arwah.

                Perjalanan ke Gua Musang yang disertai oleh 2 orang tenaga pengajar dan 10 orang wakil PJMK. Bermula pada 24 April 2010 dan berakhir pada 25 April 2010. Dalam program ini pihak kami turut mengadakan solat Asar berjemaah dengan keluarga arwah serta bacaan Yasin dan Tahlil. Selain itu pihak kami turut meluangkan masa bersama-sama mendengar luahan hati keluaraga arwah. Pihak kami bertolak pulang ke KUIS setelah selesai progaram tersebut.
AL FATIHAH...
kenangan bersama keluarga arwah dan perwakilan sesi09/10





 Tahniah kepada perwakilan PJMK sesi 09/10 diatas keperihatinan anda.

Tuesday, April 26, 2011

Kempen Membudayakan Ucapan Salam dan Ceria



Firman Allah Ta’ala:
“maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah hendakalah kamu memberi salam kepada sesiapa yang seperti kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.”(surah an-Nur:61)

Hadis  RasuluLlah  صلى الله عليه وسلم  
“Seorang lelaki telah datang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم dan bertanya: Apakah kebaikan yang ada dalam Islam? Baginda  صلى الله عليه وسلم menjawab: kamu member makan dan kamu memberi salam kepada orang yang kamu kenali atau orang yang tidak kamu kenali.”Muttafaq ‘Alaih

“Janganlah kamu memperlekehkan perbuatan yang baik oleh saudaramu walaupun dia hanya menunjukan muka yang manis.” Muttafaq ‘Alaih

BILA? 

-          SETIAP KALI BERTEMU
-          Setiap kali masuk & keluar rumah, pejabat,di kawasan hospital dan lain-lain walaupun sesiapa di dalamnya.

HUKUM?

-          Memberi salam adalah sunnah.
-          Menjawab salam adalah wajib.

Isu Masalah pendaftaran untuk 13 Mei ini.

Laporan Biro Kebajikan: Sabtu,8 April2011, Persatuan Jurawat Mahasiswa Kuis(PJMK)  telah menerima banyak aduan mengenai khabar angin yang mengatakan pihak bendahari KUIS akan mengenakan bayaran sekurang-kurangnya RM1500 bagi membolehkan pelajar berdaftar untuk semester panjang 13 Mei 2011 nanti, dan isu ini telah diketengahkan dalam mesyuarat mingguan dan PJMK telah menghantar seramai 5 orang wakil yang terdiri daripada Yang DiPertua PJMK, Shamsul Amri, Timb. 2 YDP, Siti Zainab, Setiausaha 1, Fadzlan Hafez dan dari biro kebajikan, Nurul Izzah dan Nadhirah Jamaris.

 Sebelum PJMK pergi ke pejabat bendahari KUIS untuk mendapat jawapan tepat, PJMK telah mengadakan sesi perbincangan isu ini kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS (MPM). Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Presiden MPM sendiri iaitu saudara Mohamad Rijaludeen bin Mohamad Anwar. Selain daripada perkongsian dalam perbincangan itu, PJMK dapat merapatkan lagi hubungan diplomasi dan silaturahim antara pihak MPM dan PJMK yang sama arah tujuannya untuk menjaga kebajikan dan masalah mahasiswa/i.
Selain daripada perkongsian strategi, pihak MPM telah membantu dalam memperolehi maklumat daripada bendahari KUIS kepada PJMK berkenaan isu ini. Dan Alhamdulillah, ternyata isu ini adalah khabar angin sahaja.
silaturahim: dari kiri sdr Shamsul, sdr Rijaludeen dan sdr Fazlan

Oleh itu, Mahasiswa/I yan telah membuat aduan kepada pihak PJMK, kami mengucapkan terima kasih dan  tidak perlu bimbang untuk berdaftar masuk pada 13 Mei ini kerana jawapan daripada bendahari KUIS ialah hanya pelajar-pelajar yang masih mempunyai hutang semasa semester panjang yang lepas sahaja yang perlu membayar sekurang-kurangnya RM1500 untuk membolehkannya masuk ke semester yang baru. Untuk kos yuran semester pendek ini, pelajar2 nak bayar pun ape salahnya.

Friday, April 15, 2011

Program Khidmat Peningkatan Diri

Assalamualaikum w.b.t

Pada 9 april yang lalu, PJMK telah mengadakan Aktiviti Sukan Perdana bagi melengkapkan kehadiran aktiviti kokorikulum kolej. Tetapi ada mahasiswa/i yang masih di mengulangi tabiat yang tidak sepatutnya. Mungkin sifat sambil lewa sebilangan mahasiswa tidak mengetahui akan kepentingan setiap aktiviti yang dijalankan oleh persatuan. Kita perlu sedar dan bersyukur, kerana kita menuntut ilmu di sebuah kolej universiti Islam yang mempunyai aktiviti kokurikulum yang menarik berbanding kolej-kolej yang lain yang menawarkan diploma kejururawatan yang sama tetapi mereka tidak ada aktiviti wajib seperti ini. Oleh itu syarat sebuah kolej universiti bergraduasi mestilah cukup mata merit aktiviti kokurikulum dan dikehendaki hadir  dengan aktif menyertai setiap prgram yang dijalankan oleh PJMK(bagi diploma kejururawatan sahaja). Dibawah adalah sistem merit yang di nilai oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).


PENILAIAN
MERIT
*CEMERLANG
50 dan ke atas
AMAT BAIK
40- 49
BAIK
30-39

*akan dianugerahkan sijil aktif kokurikulum
--jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah rujuk pada BPM..

Oleh kerana itu, pada jumaat 15 april lepas, PJMK telah mengumpulkan sebilangan mahasiswa/i yang tidak hadir pada aktiviti sukan perdana PJMK, untuk melakukan aktiviti "khidmat peningkatan diri" bagi memupuk dan menyedarkan mereka akan kepentingan setiap aktiviti PJMK untuk mengisi penilaian mata merit ini. Oleh itu, PJMK harap setiap mahasiswa/i yang berdaftar sebagai ahli PJMK haruslah menghadiri setiap aktiviti yang dijalankan.

PERINGATAN :
  1. Kepada semua mahasiswa/i yang hadir pada Program Khidmat Peningkatan Diri ini haruslah menghantar hasil krativiti yang berbentuk Puisi atau Sajak atau Seloka atau sebarang hasil krativiti anda dan dihantar kepada Puan Nor Hanita Zaini, pada hari SELASA sebelum 4:30PM untuk proses penapisan dan seterusnya hasil yang terpilih akan dimuatkan ke majalah PJMK kelak insyaAllah.(jgn lupa tulis nama anda pada hasil krativiti itu..=))
  2.  bagi yang HARUS menghadiri tetapi gagal untuk menghadiri Program Khidmat Peningkatan Diri ini, anda harus berurusan dengan Biro Disiplin PJMK untuk tindakan selanjutnya sebelum anda perlu berurusan dengan BPM.

PROGRAM WAJIB PJMK YANG PERLU DISERTAI
  1.  Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang
  2. Program Usrah
  3. Aktiviti Sukan PJMK
  4. Program Pembentangan Kes Kajian
  5. Program Mentor Mentee
  6. dan lain-lain program dibawah PJMK.
khidmat membersihkan makmal sehingga bersih

dibantu oleh Puan Norhanita Zaini

berkhidmat untuk fakulti bagi keselesaan untuk OSCE.
untuk memupuk kesedaran (lari keliling padang)

penerangan dari Puan Hanita Zaini berkenaan pentingnya berpesatuan


Wednesday, April 13, 2011

PESANAN UNTUK SEMUA SEMESTER 1-6

Assalamualaikum w.b.t

Dewasa ini, semangat persaudaraan antara pelajar junior dan senior semakin pudar, dan amat menyedihkan. Dimana hilangnya semangat persaudaraan dalam fskks  yang pernah kita pupuk semasa taaruf-taaruf  yg lalu. Dimana?  


Sebagai pelajar senior, kita perlulah menunjukan contoh yang baik kepada para junior  walau dimana saja kita berada. Seperti yang kita pelajari dalam dhnw(chn)iaitu perkembangan kanak-kanak,  Setiap tingkah laku kita, diperhatikan oleh mereka.  Apabila kita menunjukkan contoh yang baik dalam pertuturan dan tingkah laku, insyaAllah mereka akan mencontohi kita, dan perasaan hormat menghormati itu akan terbina.

Sebagai pelajar junior, kita perlulah menjaga tingkah laku dan saling hormat- menghormati sesama kita. Tinggalkan lah sikap yang negative  yang bertaraf sekolah menengah dulu. Islam sendiri telah menyatakan hendaklah kita menghormati orang yang lebih berusia.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “ Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”  Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim. 

Kasih sayang dan persaudaraan ini adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama.  Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.  Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.

Saya harap kita dapat bersama-sama hadir ke Majls Anugerah Pelajar Cemerlang pada 14/05/2011 nanti, supaya kita dapat membina dan mengembalikan  semangat ukhwah dan silaturahim. Buang yang keroh, ambil yang jernih. Mulakan ucapan Salam dan Senyum sebagai titik permulaan untuk berubah.

Wassalam.. 

"Hati Yang Bersih, Pemangkin Jururawat Ta'dib"
Yang benar-YDP PJMK sesi10/11

Saturday, April 9, 2011

Doa Menolak Kemudaratan Jangkitan Ketika Merawat



بسم الله الرحمن الرحيم

Di dalam melaksanakan rawatan ketika di hospital, seringkali jururawat-jururawat pelatih  semua berhadapan dengan masalah resiko jangkitan kuman yang mungkin berbahaya. Situasi ini boleh berlaku tanpa dijangka oleh mana-mana individu sekalipun.
Di samping mengamalkan aspek-aspek teknikal keselamatan yang ditetapkan, terdapat doa-doa yang boleh diamalkan oleh jururawat terutamanya yang beragama Islam.
Di antara doa yang bagus untuk diamalkan adalag ayat pendinding dan penggerak seperti yang dicadangkan oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, penasihat pusat Perubatan Islam Darus Syifa, Bangi.

Bacaan ini seringkali diamalkan oleh beliau dan pengamal perubatan Darus Syifa sebelum melaksanakan kerja-kerja merawat terutamanya tugas-tugas merawat yang mempunyai risiko yang tinggi.

Mudah-mudahan dengan pergantungan dengan Allah S.W.T yang tinggi, tugas-tugas merawat kita akan dipermudahkan dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Aktiviti Sukan Perdana PJMK sesi 10/11



Pada tarikh 9 April 2011, Biro Fizikal Persatuan Jururawat Mahasiswa Kuis (PJMK) telah menganjurkan sukan perdana di padang KUIS pada pukul 7.30am – 10am. Kehadiran mahasiswa diuruskan oleh Biro Disiplin PJMK. Hanya 86 orang mahasiswa yang hadir pada hari aktiviti tersebut. Walaubagaimanapun, aktiviti sukan tetap dijalankan seperti yang dirancang. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan sesi ‘warming up’ serta senaman aerobic yang dikelolakan oleh Muhd Zaer Bin Isa, wakil semester 4  serta Muhammad Haqimi Bin Abu Kasim, AJK Biro Fizikal. Aktiviti semakin hangat dengan berjogging mengelilingi KUIS. Bagi pelajar yang lewat hadir, dikehendaki mengelingi padang 2 kali.
            Kemudian, para mahasiswa lelaki dan perempuan telah diasingkan bagi memudahkan pihak Biro Fizikal , melakukan aktiviti ke atas mahasiswa-mahasiswa kejururawatan seperti yang telah digariskan oleh peraturan KUIS. Mahasiswa lelaki bermain futsal. Manakala mahasiswa perempuan bermain ‘fighting da bomb’ iaitu permainan pertempuran. Mereka diberi belon serta tali setiap orang untuk diikat belon di pergelangan kaki. Mereka dikehendaki memecahkan belon pihak lawan menggunakan kaki sahaja. Oleh yg demikian, siapa yang belonnya sudah pecah dianggap mati dan perlu keluar dari gelanggang. Kumpulan yang berjaya dapatkan symbol pihak lawan dianggap pemenang. Komitmen yang telah diberikan amat membanggakan. Tepat pada pukul 10am, aktiviti sukan berakhir dengan tasbih kifarah dan surah Al-‘Asr.




















Monday, April 4, 2011

SEMINAR KEJURURAWATAN "profesionalisme kejururawatan dari perspektif ISLAM"

Time
Saturday, April 23 at 8:00am-5:00pm - April 24 at 8.00am-1:00pm

Location
AUDITORIUM PENTADBIRAN KUIS.




More Info
- Membincangkan secara kritikal profesionalisme kejururawatan dari perspektif islam dan pelbagai lagi pengisian yg menarik.

- Penyertaan terbuka kpd semua jururawat pelatih KUIS, dan tempat hanya TERHAD untuk 25 pelajar sahaja.

- Bagi sesiapa yang BENAR-BENAR berminat utk myertai seminar ini, sila hantarkan butir2 peribadi anda yg b’rupa: NAMA, NO. IC, SEMESTER _, No. PHONE, No matrik dan ALAMAT , ke INBOX msj FB saya, ATAU email: shammri89@yahoo.com.

- Penyertaan dari sem 5 dan 6, amatlah di ALU-ALUKAN.
.
- ** SIJIL dan Mata CPD akan diperolehi dari seminar ini..=)

- Yuran seminar: RM 50* sahaja..
( * PJMK akan brikan potongan harga, tertakluk pada bilangan penyertaan)

- “ hebahkan maklumat ini kepada rakan-rakan PJMK yang lain yer..maceh..^^

Sunday, April 3, 2011

Selangor Ucap Takziah Bencana Tsunami Kepada Kerajaan Jepun

March 15th, 2011 Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengunjungi Kedutaan Jepun di Malaysia di Jalan Ampang hari ini bagi menyatakan kesedihan rakyat Selangor berhubung kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda negara  Jepun.
Beliau disambut, Timbalan Chief-de-Mission kedutaan tersebut, Encik Koichi Ito. Dalam pertemuan itu, Menteri Besar menyatakan bahawa rakyat Selangor sentiasa mendoakan kesejahteraan mangsa-mangsa yang terselamat dalam bencana alam itu.

Menteri Besar juga menawarkan bantuan Kerajaan Selangor untuk merawat mangsa-mangsa yang selamat  sepanjang tempoh pemulihan. Selangor mempunyai kemampuan untuk menghulurkan bantuan rawatan pemulihan menerusi pelajar-pelajar kejuruwatan di Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Beliau berkata Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk membiayai penghantaran jururawat untuk memberi bantuan kepada rakyat Jepun, termasuk kos perjalanan serta penginapan mereka serta fasiliti yang terlibat.

“Inilah bantuan sedikit yang kami boleh hulurkan. Kami mendoakan semua mangsa yang selamat agar cepat sembuh. Kami tahu dan yakin rakyat dan negara Jepun akan pulih dari malapetaka ini dengan cepat,” kata Menteri Besar.
Beliau juga telah menyampaikan salam takziah bagi pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Dewan Rakyat merangkap Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.
Sementara itu, Koichi berkata, Kerajaan Jepun sangat menghargai keprihatinan Kerajaan Selangor dan rakyat Malaysia keseluruhannya yang mengambil berat serta simpati dengan penderitaan mangsa-mangsa bencana alam itu.
“Kami yakin mampu mengatasi bencana ini. Kerajaan Jepun sangat menghargai  semangat perpaduan yang ditunjukkan Kerajaan Selangor dan rakyat Malaysia,” katanya.
Koichi berkata, beliau akan merujuk kepada bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor kepada kerajaan Jepun di Tokyo dalam waktu terdekat ini.
Turut mengiringi Menteri Besar, beberapa Exco negari termasuk YB Elizabeth Wong,  YB Rodziah Ismail dan YB Ronnie Liu serta Ahli Parlimen Pakatan seperti YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang), YB Tian Chua (Batu), YB Nurul Izzah (Lembah Pantai), YB Dr Dzulkefly Ahmad, (Kuala Selangor) YB Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), YB William Leong (Selayang), YB Aziz Kadir (Ketereh),  YB Amran Ghani (Tanah Merah) dan YB Rashid Din (Merbok).

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR
Source: Suara Keadilan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...