Tuesday, April 26, 2011

Isu Masalah pendaftaran untuk 13 Mei ini.

Laporan Biro Kebajikan: Sabtu,8 April2011, Persatuan Jurawat Mahasiswa Kuis(PJMK)  telah menerima banyak aduan mengenai khabar angin yang mengatakan pihak bendahari KUIS akan mengenakan bayaran sekurang-kurangnya RM1500 bagi membolehkan pelajar berdaftar untuk semester panjang 13 Mei 2011 nanti, dan isu ini telah diketengahkan dalam mesyuarat mingguan dan PJMK telah menghantar seramai 5 orang wakil yang terdiri daripada Yang DiPertua PJMK, Shamsul Amri, Timb. 2 YDP, Siti Zainab, Setiausaha 1, Fadzlan Hafez dan dari biro kebajikan, Nurul Izzah dan Nadhirah Jamaris.

 Sebelum PJMK pergi ke pejabat bendahari KUIS untuk mendapat jawapan tepat, PJMK telah mengadakan sesi perbincangan isu ini kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS (MPM). Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Presiden MPM sendiri iaitu saudara Mohamad Rijaludeen bin Mohamad Anwar. Selain daripada perkongsian dalam perbincangan itu, PJMK dapat merapatkan lagi hubungan diplomasi dan silaturahim antara pihak MPM dan PJMK yang sama arah tujuannya untuk menjaga kebajikan dan masalah mahasiswa/i.
Selain daripada perkongsian strategi, pihak MPM telah membantu dalam memperolehi maklumat daripada bendahari KUIS kepada PJMK berkenaan isu ini. Dan Alhamdulillah, ternyata isu ini adalah khabar angin sahaja.
silaturahim: dari kiri sdr Shamsul, sdr Rijaludeen dan sdr Fazlan

Oleh itu, Mahasiswa/I yan telah membuat aduan kepada pihak PJMK, kami mengucapkan terima kasih dan  tidak perlu bimbang untuk berdaftar masuk pada 13 Mei ini kerana jawapan daripada bendahari KUIS ialah hanya pelajar-pelajar yang masih mempunyai hutang semasa semester panjang yang lepas sahaja yang perlu membayar sekurang-kurangnya RM1500 untuk membolehkannya masuk ke semester yang baru. Untuk kos yuran semester pendek ini, pelajar2 nak bayar pun ape salahnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...