Wednesday, April 13, 2011

PESANAN UNTUK SEMUA SEMESTER 1-6

Assalamualaikum w.b.t

Dewasa ini, semangat persaudaraan antara pelajar junior dan senior semakin pudar, dan amat menyedihkan. Dimana hilangnya semangat persaudaraan dalam fskks  yang pernah kita pupuk semasa taaruf-taaruf  yg lalu. Dimana?  


Sebagai pelajar senior, kita perlulah menunjukan contoh yang baik kepada para junior  walau dimana saja kita berada. Seperti yang kita pelajari dalam dhnw(chn)iaitu perkembangan kanak-kanak,  Setiap tingkah laku kita, diperhatikan oleh mereka.  Apabila kita menunjukkan contoh yang baik dalam pertuturan dan tingkah laku, insyaAllah mereka akan mencontohi kita, dan perasaan hormat menghormati itu akan terbina.

Sebagai pelajar junior, kita perlulah menjaga tingkah laku dan saling hormat- menghormati sesama kita. Tinggalkan lah sikap yang negative  yang bertaraf sekolah menengah dulu. Islam sendiri telah menyatakan hendaklah kita menghormati orang yang lebih berusia.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “ Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”  Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim. 

Kasih sayang dan persaudaraan ini adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama.  Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.  Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.

Saya harap kita dapat bersama-sama hadir ke Majls Anugerah Pelajar Cemerlang pada 14/05/2011 nanti, supaya kita dapat membina dan mengembalikan  semangat ukhwah dan silaturahim. Buang yang keroh, ambil yang jernih. Mulakan ucapan Salam dan Senyum sebagai titik permulaan untuk berubah.

Wassalam.. 

"Hati Yang Bersih, Pemangkin Jururawat Ta'dib"
Yang benar-YDP PJMK sesi10/11

4 comments:

Anonymous said...

btul tu ydp..tp kakak2 senior yng muka ketat jer.. tu kami takut nk tgur bg salam tu..xpe nt kami try lah..

Anonymous said...

Salam: Ahli2 PJMK

Hari ini Anda adalah sama dengan Anda di lima tahun mendatang;kecuali dua perkara: orang2 disekeliling Anda dan buku-buku yang Anda baca

Ikhlas:

Pn Noor Hanita Zaini

Anonymous said...

Salam: khas kpd pelajar2 sem 6 yang menduduki LJM

wish u all the best!

luv u all

Pn nieta

Anonymous said...

Salam: YDP & Team PJMK

'Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

YDP: being strong & don't give up!

Gd luck!
Pn nieta

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...